Program Dai Junior Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE

JOHOR BAHRU, 22 November 2018 –  Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menjalankan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR), KPRJ-HOPE yang dinamakan Program Dai Junior Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE di Kompleks Islam Iskandar Johor hari ini.

10 buah sekolah agama sekitar Negeri Johor telah dipilih sebagai sekolah angkat KPRJ-HOPE bagi sesi 2018. Sekolah-sekolah berikut adalah :-

  • Sekolah AgamaTeluk Hutan Lesung, Kota Tinggi
  • Sekolah Agama Ladang Tereh, Kluang
  • Sekolah Agama Sri Pantai, Mersing
  • Sekolah Agama Bekok, Segamat
  • Sekolah Agama Parit Kadir, Batu Pahat
  • Sekolah Agama Taman Gaya, Johor Bahru
  • Sekolah Agama Taman Muhibbah, Kulai
  • Sekolah Agama kampong Sanglang, Pontian
  • Sekolah Agama Parit Raja, Muar
  • Sekolah Agama Pengkalan Besar, Tangkak

Matlamat utama program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dalam diri setiap pelajar dalam bidang penyampaian awam dan penguasaan hafazan. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mengetengahkan tajuk-tajuk tentang isu semasa yang giat diperkatakan pada masa kini.

Seramai 5 peserta akhir Program Dai Junior bertanding bagi merebut gelaran juara dan mengharumkan nama sekolah. Pertandingan Dai Junior ini telah diadakan pada peringkat awal di setiap sekolah bagi memilih pelajar yang terbaik bagi mewakili sekolah masing-masing.

Hadiah yang ditawarkan adalah lumayan bagi mempertingkat motivasi para pelajar untuk terus berusaha dalam penghujahan awam. Hadiah Dai Junior berupa wang tunai dan hadiah iringan. Bagi tempat pertama berjumlah RM 1,000.00. Tempat kedua RM 700.00. Diikuti dengan RM 700.00, RM 500.00 dan hadiah saguhati bernilai RM 200.00 serta hadiah iringan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dai (names) sebagai juri dan juruacara majlis. Selain itu juga, program Sifar Ponteng turut dipertandingkan, dan (name) telah berjaya merangkul hadiah wang tunai RM 100.00 dengan kehadiran 100% hadir ke sekolah. Di majlis ini juga, penganugerahan kepada 5 sekolah agama angkat KPRJ-HOPE bagi sesi 2019 turut diadakan.

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Tuan Haji Noorazam bin Dato’ Haji Osman berkata, “Selaku kontraktor utama Projek Pembangunan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ), KPRJ mengambil langkah proaktif untuk terus menyumbang pada sekolah-sekolah agama yang terlibat, menjangkaui tugas menyediakan prasarana sekolah yang selesa.”

Menurut beliau lagi, Program Dai Junior Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE merupakan inisiatif KPRJ dalam membentuk modal insan yang dinamik dalam kalangan pelajar melalui penambahbaikkan akitiviti kurikulum pendidikan agama selari dengan peredaran zaman.