Uncategorized

KPRJ & YPKDT TANDATANGANI MOU,BINA KERJASAMA PEMERKASAAN WANITA

By April 1, 2021No Comments

ISKANDAR PUTERI, 29 MAC 2021 – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (“KPRJ”) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (“YPKDT”) pada hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di mana kedua pihak bersetuju untuk bekerjasama bagi memperkasa wanita di negeri Johor khususnya.

Majlis yang diadakan di Fraser Place Hotel, Iskandar Puteri ini di serikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Yang Berhormat Puan Zaiton Binti Ismail, yang menyaksikan majlis menandatangi MOU diantara Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, Puan Nurul Naqiah binti Haji Fadzil.

Inisiatif ini adalah usaha kedua-dua pihak dalam memastikan kumpulan sasar mendapat manfaat sewajarnya melalui program-program kemasyarakatan, terutamanya kepada wanita dan institusi keluarga. Beberapa projek dan program di bawah YPKDT telah dikenalpasti menjadi projek rintis bagi kerjasama ini iaitu, Program Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC) yang telah dilaksanakan bermula tahun 2020 dan akan dikembangkan lagi melalui pembangunan aplikasi online. Selain itu Hub Suri Johor iaitu platform pembangunan usahawan wanita Johor dan konvensyen Persona Wanita Profesional Johor turut menjadi agenda Kerjasama dalam meningkatkan tarat wanita dipersada antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Nurul Naqiah Haji Fadzil berkata “hubungan Kerjasama ini sebagai menyahut seruan kerajaan negeri yang ingin melihat agensi negeri membina hubungan Kerjasama erat melalui Blue Ocean Strategy dengan GLC, NGO dan sebagainya agar rakyat dan kumpulan sasar dapat menerima manfaat secara menyeluruh”.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Yang Berhormat Puan Zaiton Binti Ismail berkata “usaha Kerjasama ini perlulah menepati falsafahnya agar ia menjadi contoh terbaik kepada agensi lain dalam menggembling tenaga menyantuni kumpulan sasar seterusnya menjadikan Negeri Johor sebagai negeri makmur yang disegani”

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman berkata, “Kerjasama yang dimeterai bersama YPKDT adalah sebahagian daripada komitmen KPRJ untuk menyokong agenda pemerkasaan wanita dan simbolik terhadap penghargaan terhadap golongan wanita terutama di negeri Johor ini.“

Menurut beliau lagi, “KPRJ telah menjangkaui tugas menyediakan prasarana dan pembangunan dengan mengambil inisiatif tanggungjawab sosisal korporat (CSR) KPRJ iaitu KPRJ-HOPE dan akan datang melalui penubuhan Yayasan KPRJ bagi menyokong agenda pemerkasaan wanita ini. Kerjasama ini dilihat mampu membina kehidupan golongan wanita yang lebih baik, samada bagi diri mereka sendiri, keluarga, mahupun komuniti mereka dalam jangka panjang”.

kprj

About kprj

Leave a Reply