Kumpulan KPRJ menerusi Yayasan KPRJ mengambil inisiatif dengan menghantar “KPRJ HEROES” bagi Misi bantuan pembersihan pasca banjir di Sekolah Agama Kundang Ulu, Tangkak, Johor. Kumpulan KPRJ turut bersimpati dengan musibah banjir yang dihadapi oleh seluruh rakyat Johor. Prihatin dengan situasi banjir tersebut, Kumpulan KPRJ menerusi Yayasan KPRJ telah menyumbang khidmat tenaga bagi membantu pembersihan bagi sekolah tersebut.
Banjir kali ini telah menenggelamkan aras bawah bangunan sekolah ini selama beberapa hari dan mengakibatkan kemusnahan harta benda sekolah dari segi pembelajaran dan pengajaran. Kerja- kerja pembersihan ini diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ merangkap Pengerusi Yayasan KPRJ.
Seramai 33 sukarelawan KPRJ Heroes dan 11 orang tenaga sokongan telah menjayakan misi bantuan pembersihan pasca banjir. Penglibatan wargakerja KPRJ secara sukarela dalam Misi Bantuan Pembersihan Pasca Banjir ini dapat mendekatkan wargakerja KPRJ kepada masyarakat selain memupuk semangat saling bantu membantu dalam konteks sukarelawan.
Diharap agar bantuan yang diberikan dapat meringankan beban tenaga pengajar dalam proses pembersihan sekolah sebelum sesi pembelajaran bermula.
Terima kasih KPRJ Heroes!