Integrity & Governance

Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat

Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat KPRJ

Polisi ini melindungi pemberi maklumat yang membuat laporan atau aduan, dengan syarat laporan itu dibuat dengan keluhuran hati.

Sesiapa yang telah membuat laporan dengan keluhuran hati akan dilindungi daripada tindakan yang akan menjejaskan pekerjaan atau mata pencariannya (cth. pemecatan, penurunan pangkat, penggantungan kerja, gangguan atau bentuk diskriminasi lain) kerana melaporkan kelakuan tidak wajar.

Individu ini akan dilindungi walaupun laporan yang dibuat terbukti tidak betul atau tidak berasas.

Sila rujuk Manual Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat KPRJ untuk perincian lanjut

Anda boleh menggunakan salah satu daripada saluran berikut untuk membuat sebarang laporan / dakwaan bagi sebarang kelakuan yang disyaki yang melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan.

JAMINAN KERAHSIAAN

Semua laporan dan identiti pemberi maklumat akan dilayani dengan cara yang sulit dan sensitif. Laporan hanya akan didedahkan kepada mereka yang diberi kuasa untuk menjalankan penyiasatan terhadap perkara yang berkaitan dengan laporan tersebut. Identiti pemberi maklumat hendaklah sentiasa dirahsiakan dalam keadaan ini.

Jika pemberi maklumat percaya bahawa dia sedang tertakluk kepada diskriminasi, tindakan balas atau gangguan kerana telah membuat laporan di bawah Polisi ini, dia harus segera melaporkan fakta tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Audit & Pengurusan Risiko (ARMC) KPRJ. Pelaporan harus dilakukan dengan segera untuk memudahkan penyiasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.