Integrity & Governance

Polisi Hadiah Korporat

KPRJ tidak meminta hadiah, keraian, atau bantuan apa-apa nilai daripada orang atau firma yang KPRJ sedang, telah dan berpotensi menjalankan perniagaan. Mana-mana individu yang melakukan tindakan terhadap polisi ini akan dianggap bertindak bertentangan dengan polisi syarikat dan tanpa persetujuan dan kuasa syarikat dan akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian tertentu kepada peraturan am di mana penerimaan dan pemberian hadiah dibenarkan sebagai ihsan perniagaan biasa dan nilai setiap item tidak boleh melebihi ambang seperti yang ditetapkan dalam Kod Etika KPRJ iaitu RM500.00.

Sila rujuk Manual Polisi Hadiah KPRJ