Tentang Kami

Profil Syarikat

Kami adalah pemacu utama pembangunan Johor dalam sektor infrastruktur, sukan, digital, kejuruteraan dan pengurusan aset.

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) telah diperbadankan sejak 8 November 1995 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh Kerajaan Negeri Johor. Selama ini, KPRJ telah membina reputasi sebagai pemaju utama dalam pembangunan sosial dan infrastruktur bagi negeri Johor termasuk usaha niaga pelaburan hartanah.

Sebagai cabang pelaburan Johor, KPRJ merupakan pemegang kepentingan utama dalam pembangunan Iskandar Malaysia melalui peranannya sebagai salah satu pemegang saham utama dalam Iskandar Investment Berhad (IIB). Pada masa ini, KPRJ juga merupakan pemegang saham dalam Infra Desa (Johor) Sdn. Bhd., Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd., dan Southkey City Sdn. Bhd.

Didorong oleh visi dan rancangan syarikat, KPRJ berazam untuk melaksanakan strategi inovatif bagi mencapai aspirasi pihak berkepentingan dan pemegang saham nya.

Bersama dengan keupayaan kewangan yang kukuh, pasukan pengurusan yang berpengalaman serta kakitangan yang berdedikasi dan komited, KPRJ mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya dalam memenuhi keperluan ke arah membina Johor yang lebih baik.

Visi

Untuk menjadi sebuah perbadanan yang pelbagai dan bersepadu yang menerajui pembangunan mampan dalam pasaran tempatan dan global.

Misi

Nilai Teras

Integriti

Inovatif

Kerja Berpasukan

Kepimpinan

Keusahawanan

Syarikat - Syarikat Milik Penuh

Syarikat - Syarikat Bersekutu

Lain - Lain

Anugerah dan Pengiktirafan

Kami amat gembira dan berbangga dengan pencapaian kami selama ini. Anugerah dan pengiktirifan ini adalah bukti kukuh kepada usaha berterusan kami untuk mencapai kecemerlangan di seluruh Kumpulan Syarikat KPRJ.

2022

Integrity, Governance & Anti-Corruption (AIGA Award 2022 Bronze Category )

Anjuran Institut Integriti Malaysia

2020

Best Contractor Award
(Government Infrastructure Project)

Anugerah Pembinaan Johor (JCA) 2020 Anjuran Pusat Pembangunan Pembinaan Johor (JCCD)

2018

SME 100 Fast Moving Companies Awards (KPRJ Builders Sdn Bhd) SME100 Awards

Anjuran Majalah SME