Integrity & Governance

Konflik Berkepentingan

Konflik kepentingan timbul dalam situasi di mana terdapat kepentingan peribadi yang boleh dianggap mempunyai potensi gangguan terhadap objektiviti dalam melaksanakan tugas atau melaksanakan pertimbangan bagi pihak Syarikat.

Semua kakitangan KPRJ harus mengelakkan situasi di mana kepentingan peribadi boleh bercanggah dengan kewajipan atau tugas profesional mereka. Mereka tidak boleh menggunakan kedudukan mereka, waktu kerja rasmi, sumber dan aset Syarikat, atau maklumat yang tersedia untuk mereka untuk keuntungan peribadi atau merugikan syarikat.

Di dalam situasi di mana konflik terjadi, kakitangan KPRJ dikehendaki mengisytiharkan perkara tersebut sebelum meneruskan sebarang proses atau transaksi.

Sila rujuk Manual Anti Rasuah KPRJ (Klausa 8.3) untuk polisi.