Johor Bersih’ bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

Minggu ke-2 KPRJ menzahirkan sokongan bagi program ‘Johor Bersih’ bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Kali ini aktiviti pembersihan dilakukan di sekitar Tempat Letak Kereta, Jalan Ronggeng 12, Taman Nesa, Iskandar Puteri.

Turut hadir, Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandaraya Iskandar Puteri . Turut serta, Encik Khairudin bin Hasan, Ketua Pegawai Kewangan KPRJ.

Marilah kita jadikan Johor sebagai sebuah negeri yang bersih, terpelihara daripada sampah sarap dan mencapai matlamat “Johor Bersih”.

Kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama.