Yayasan KPRJ telah menamatkan siri jelajah ke 10 daerah di Negeri Johor untuk Program Bantuan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) 2023.
Lawatan yang diketuai oleh Puan Sharipah binti Jamaludin, Pengurus Besar Yayasan KPRJ bersama Ustaz Azhari bin Basiron, Pegawai Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah bermula pada 7 Februari 2023 dan berakhir pada 16 Februari 2023.
Sekolah yang terpilih adalah:-
1. Sekolah Agama Kampung Semanggar, Kota Tinggi.
2. Sekolah Agama Tan Sri Abdul Kadir, Mersing.
3. Sekolah Agama Sri Maju Jaya, Kluang.
4. Sekolah Agama Parit Kadir, Batu Pahat.
5. Sekolah Agama Parit Nawi, Muar.
6. Sekolah Agama Sawah Ring, Tangkak.
7. Sekolah Agama Kampung Awat, Segamat.
8. Sekolah Agama Ayer Manis, Kulai.
9. Sekolah Agama Rambah, Pontian.
10. Sekolah Agama Tanjung Kupang, Johor Bahru.
Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi penerangan dan mengenali lebih dekat sekolah-sekolah agama yang akan dibantu dari segi penyelenggaraan kecil dan program pembangunan murid dan guru.
Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru terlibat.