Program Derma Darah 2023 anjuran bersama Yayasan KPRJ, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) dan AEON Taman Universiti, Johor

Buat julung kalinya satu Program Derma Darah 2023 anjuran bersama Yayasan KPRJ, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) dan AEON Taman Universiti, Johor Bahru telah diadakanpada 17 dan 18 Januari 2023 di AEON Taman Universiti, Johor Bahru.

Program ini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada warga kerja Kumpulan KPRJ. Seramai 27 orang telah mendaftar untuk menjadi ‘KPRJ Blood Warriors’. YKPRJ juga telah menyumbangkan sebanyak 100 pek makanan untuk diberikan kepada para penderma darah.

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu menambah bekalan tabung darah di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan telah mencapai sasaran iaitu sebanyak 101 beg darah berjaya dikumpul.

Program murni ini telah memberi ruang dan peluang kepada warga kerja Kumpulan KPRJ untuk berbakti kepada masyarakat kerana setiap titis darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Inisiatif ini adalah salah satu aktiviti sosial di bawah teras pembangunan komuniti Yayasan KPRJ.

Terima kasih ‘KPRJ Blood Warriors’!