Program Selangkah ke Universiti adalah program jalinan kerjasama di antara Yayasan KPRJ dan Yayasan Pelajaran MARA. Program ini telah melabuhkan tirai untuk tahun 2022 di destinasi terakhirnya di Daerah Mersing .
Program kali ini melibatkan 300 orang pelajar Tingkatan 4 & 5 dari SMK Mersing.
Majlis Perasmian Program Selangkah Ke Universiti Siri ke-6 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Tan Wee Cheng, Pengarah Yayasan KPRJ. Turut hadir bersama mengiringinya Encik Ishak bin Mohd Bakri, Penolong Pegawai Perhubungan Daerah Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Isa bin Chik, Pengurus Seksyen Kecemerlangan Pelajar, Yayasan Pelajaran Mara, Puan Rohaida binti Awang, Penolong Pegawai Mara Daerah Mersing, Puan Sharipah binti Jamaludin, Pengurus Besar Yayasan KPRJ, En Safuan bin Virdani, Pengetua SMK Mersing dan Encik Mohd Yusof bin Ahmad, Pegawai Perhubungan Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara Negeri Johor.
Program Selangkah Ke Universiti merupakan program khusus untuk para pelajar bagi golongan B40. Semoga dengan adanya program yang seperti ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada anak-anak Bangsa Johor dalam pemilihan kursus yang sesuai bagi menyambung pelajaran di IPTA atau IPTS selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).