Petang semalam telah berlansungnya Majlis Perasmian Penutup Kursus Kesenian Khat Tahun 2022 sebagai pelengkap kepada Program Bantuan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di bawah program tanggungjawab sosial korporat KPRJ menerusi Yayasan KPRJ(YKPRJ).
Kursus ini melibatkan dua orang guru dari 10 buah SAKJ terpilih di dalam progam bantuan tersebut dari seluruh negeri Johor.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Johari bin Musa, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam selaku wakil kepada YBhg. Tuan Haji Mohd Radhi bin Roslan, Timbalan Pengarah Pendidikan JAINJ dan diiringi oleh Encik Mohd Zafaruddin bin Razali, Pengarah Yayasan KPRJ merangkap Wakil Pengerusi YKPRJ, Tuan Haji Lukman bin Abu Bakar. Turut hadir sama adalah YBhg. Ustaz Mohd Faiz bin Rohani, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang, Encik Khairudin bin Hasan, Ketua Sektor Korporat KPRJ, Ustaz Zamri bin Amid, Tenaga Pengajar Kursus Kesenian Khat serta Puan Sharipah binti Jamaludin, Pengurus Besar Yayasan KPRJ.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang gigih serta komited menjayakan program ini.