Lawatan Kerja meninjau SAKJ Yang Daif Daerah Mersing

Lawatan Kerja Yayasan KPRJ (YKPRJ) untuk meninjau Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Yang Daif bagi Daerah Mersing Tahun 2022.

Sekolah terlibat adalah Sekolah Agama Felda Tenggaroh 6, Mersing.

Pegawai yang terlibat adalah Tn Hj Azhari bin Basiron (Penolong Pegawai Seksyen Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor), pegawai daripada YKPRJ iaitu Pn Sharipah binti Jamaludin (General Manager Yayasan KPRJ), Pn Nurul Nadua binti Abd Hamid, (Assistant Manager Yayasan KPRJ) dan En. Muhammad Ameen bin Mashudi (Kerani Kewangan dan Koprat YKPRJ) serta pegawai dari Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing iaitu Tn Hj Sulaiman bin Aziz (Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing) , Ustaz Mohd Sopian bin Adam ( Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah) dan Ustaz Mohd Hamdan bin A Karim.

Jutaan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Agama Felda Tenggaroh 6 iaitu Ustazah Mahani binti Masturi dan barisan guru Sekolah Agama Felda Tenggaroh 6.

“ASPIRASIKU MERSING GEMILANG”