Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Penyerahan Zakat Perniagaan KPRJ ini disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dalam Majlis Pembahagian Bungkusan dan Sumbangan Hari Raya kepada Anggota Keselamatan, Penyerahan Program Bantuan Amal Jariah dan Tabung Waqaf Rakyat Johor, Penyerahan Zakat Perniagaan, Penyerahan Bantuan Kewangan Kepada Golongan Asnaf Serta Majlis Berbuka Puasa, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, semalam.