JOHOR BERSEDIA ANJUR SUKMA PALING GEMILANG

JOHOR BAHRU, 12 Julai: Kerajaan Negeri yakin penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 mampu menjadi yang terbaik dalam sejarah penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, Johor sudah bersedia menganjurkan Sukma XX Johor 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2021.

Menurut beliau,  kesemua venue bagi acara sukan yang akan dipertandingkan nanti dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

“Kita dapat lihat pada hari ini, kita sudah hampir 97 peratus siap dari segi kemudahan untuk semua acara termasuk di peringkat daerah yang akan menganjurkan acara-acara yang selebihnya.

“Baki tiga peratus lagi sebelum akhir tahun ini kita jangka siap. Kelewatan ini kerana pematuhan  prosedur operasi standard (SOP) akibat pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat venue-venue Sukma XX Johor 2020, di sini hari ini.

Sumber : MakmurJohor