JOHOR BAHRU, 24 Feb (Bernama) — Kerajaan Negeri Johor hari ini mengingatkan 190 penyewa Rumah Pangsa Seri Baiduri, Bandar Tiram, di sini, supaya tidak mengaut keuntungan segera atau ‘makan atas angin’ dengan menyewakan semula rumah masing-masing kepada pihak lain.
Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata para penyewa menerusi Skim Sewa Beli (RTO) Jauhar Prihatin berkenaan bakal berdepan tindakan sekiranya mereka dikesan menyewakan semula rumah berkenaan.
“Jika ada dalam pengetahuan anda semua pemilik yang menyewakan rumah mereka kepada pihak lain, laporkan kepada pihak kami (kerajaan negeri).