PROGRAM JOHOR BERSIH @SUNGAI SKUDAI

Program Johor Bersih @ Sungai Skudai merupakan inisiatif YAB Menteri Besar Johor melalui kerjasama dengan agensi-agensi angkat terpilih untuk bersama-sama menjalankan aktiviti pembersihan dan keceriaan persekitaran Sungai Skudai.

Bersemperna Hari Sungai Sedunia pada bulan September ini, matlamat program ini adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat setempat bagi menjaga kebersihan sungai sekaligus dapat memelihara kesihatan sejagat.

Sebagai salah sebuah agensi angkat bagi program ini, KPRJ akan membantu dalam pembersihan persekitaran sungai di Taman Impian Emas dan Kampung Laut.