Program Latihan – “From Principles to Practise : Elevating Corporate Governance for Sustainable Growth”

KPRJ terus komited memperkukuhkan amalan tadbir urus korporat yang baik di kalangan Ahli Lembaga Pengarah & Ahli Jawatankuasa Kumpulan KPRJ selaras dengan Prinsip dan Amalan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021. Sehubungan dengan itu, Program Latihan Lembaga Pengarah telah diadakan pada 25 September 2024 di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru.

Program Latihan ini memberi tumpuan kepada beberapa modul utama, iaitu termasuk rangka kerja tadbir urus korporat (Corporate Governance) dan pematuhan undang-undang, terutamanya pindaan terkini Akta Syarikat 2016, pengurusan dilema di antara etika dan konflik kepentingan, pembinaan hubungan yang lebih baik berdasarkan kepercayaan dan keyakinan antara pihak Pengurusan dan Lembaga.