Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Rumah Kasih Johor (RKJ) di Kukup, Pontian bagi meninjau perkembangan terkini pembangunan projek RKJ. Lawatan ini adalah sebahagian daripada Program Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor DUN Kukup bagi tahun 2025. KPRJ menerusi anak syarikatnya KPRJ E & C Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor reka & bina oleh pihak Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bagi membina dan menyiapkan Rumah Kasih Johor Fasa 2 bagi tahun ini.
Taklimat pembinaan dibentangkan oleh YM Ungku Khalsom Sofia binti Ungu Yusoff, Ketua Pegawai Pembangunan, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bersama Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ, Puan Azlawati binti Mohamad Jamil, Pengurus Besar (Kontrak) KPRJ dan Encik Zakaria bin Mohd Zain, Penolong Pengurus Besar (Pembinaan), KPRJ E & C Sdn Bhd.