Program Kesedaran Ergonomik dengan kerjasama Pantai Integrated Rehab

KPRJ telah menganjurkan Program Kesedaran Ergonomik dengan kerjasama Pantai Integrated Rehab pada 22 April 2025 bertempat di Seri Medini.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan ergonomik dalam pekerjaan serta membantu warga kerja mengenal pasti dan mengurangkan risiko kecederaan di tempat kerja. Penerangan ini telah disampaikan oleh Sherrin Yong, Ahli Fisioterapi Kanan dari Pantai Integrated Rehab.

Semoga program ini memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada seluruh warga KPRJ dalam mengamalkan postur kerja yang lebih sihat, selamat dan berkesan dalam rutin harian.