Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (“KPRJ”) pada 17 November 2025 telah meraikan Ulang Tahun Ke-30 yang bukan sahaja menampilkan identiti korporat baharu, malah turut membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh pembangunan Johor serta pengaruhnya di seluruh negara.
Majlis berprestij ini disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor; serta Yang Berhormat Dato’ Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ. Kehadiran Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan para tetamu kehormat mencerminkan sokongan padu terhadap KPRJ sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negeri.
Sambutan dimulakan dengan tayangan montaj khas yang mengimbau perjalanan KPRJ selama tiga dekad merangkumi kemajuan, pembangunan dan sumbangan KPRJ kepada rakyat Johor. Perjalanan tiga dekad KPRJ turut diabadikan menerusi
pelancaran ‘Coffee Table Book’ yang mendokumentasikan sejarah penubuhan KPRJ sejak 1995 merangkumi pencapaian dan hala tuju KPRJ. Penerbitan eksklusif ini selari dengan tema ulang tahun, “3 Dekad Membina Legasi, Mencorakkan Masa
Hadapan”, sekali gus menjadi rujukan bernilai tinggi untuk generasi akan datang dalam memahami sumbangan dan aspirasi KPRJ terhadap pembangunan negeri Johor.
Kemuncak acara memaparkan montaj pelancaran logo baharu, menerusi lakaran DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memotret logo baharu KPRJ, simbolik bagi menandakan bermulanya era penjenamaan semula serta identiti
korporat baharu KPRJ. Pelancaran logo dan identiti baharu ini bukan sekadar transformasi visual, malah penegasan semula terhadap matlamat dan arah tuju KPRJ. Direka berasaskan semangat kemajuan, perpaduan dan ketahanan, identiti baharu ini mencerminkan kesediaan KPRJ memperkukuh kedudukannya di Johor serta memperluas kerjasama ke seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, YB Dato’ Lukman Abu Bakar berkata, “Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan logo. Ia menandakan transformasi menyeluruh, memperkenalkan penjenamaan yang lebih jelas dan menyatukan anak-anak syarikat serta pelaburan di bawah satu identiti yang kukuh.”
Sejak ditubuhkan pada 1995, KPRJ dipertanggungjawabkan dengan pelbagai projek pembangunan yang membentuk landskap ekonomi dan sosial Johor. Dari infrastruktur strategik hingga pembangunan hartanah dan pelaburan, KPRJ terus memperluas portfolionya ke sektor-sektor berimpak tinggi. Terbaharu, KPRJ turut meneroka sektor alam sekitar selari spirasi kelestarian dan agenda hijau global. Komitmen selama 30 tahun ini memastikan setiap usaha KPRJ membawa
nilai jangka panjang kepada rakyat Johor.
Sambutan Ulang Tahun ke-30 ini bukan sekadar menyingkap pencapaian lalu, sebaliknya deklarasi keyakinan terhadap masa hadapan yang dipacu inovasi,kelestarian dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada Johor.
Tiga dekad membina legasi,
Mencorakkan masa hadapan.
We Realise Your Dreams
Layari: 30years.kprj.com.my
