Majlis Penyerahan Projek Siap Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor telah disempurnakan oleh YB tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Salleh, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor bersama YBhg. Encik Zainal bin Tumian, Pengarah Kerja Raya Negeri Johor pada 11 Februari 2026.
Projek ini telah dilaksanakan oleh KPRJ E & C Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ), melibatkan skop kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang merangkumi sistem tangki dan paip kumbahan, bangunan asrama, bangunan pentadbiran, dewan serbaguna, pagar keselamatan, lampu kawasan dan bangunan sokongan yang lain bagi memastikan premis berada dalam keadaan selamat, terurus dan berfungsi dengan baik.
Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat berterusan kepada penghuni Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor serta mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif demi kesejahteraan mereka.
