Mesyuarat Lembaga Pengarah KPRJ ke-81

Mesyuarat Lembaga Pengarah KPRJ ke-81 telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana pada 24 April 2026

Mesyuarat Lembaga Pengarah KPRJ ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KPRJ.

Turut hadir dalam mesyuarat ini barisan Ahli Lembaga Pengarah KPRJ iaitu Yang Berhormat Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor; Yang Berbahagia Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Yang Berhormat Dato’ Abd Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor; Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor; Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan); Yang Berhormat Dato’ Ishak bin Sahari, Pengarah Bebas; dan Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, serta barisan pengurusan tertinggi KPRJ.