Yayasan KPRJ meneruskan siri jelajah ke 5 daerah di Negeri Johor untuk Program Selangkah Ke Universiti. Sekolah yang terpilih untuk siri 2 ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor .
Program yang disertai oleh 340 orang peserta ini adalah jalinan kerjasama diantara Yayasan KPRJ sebagai Rakan Kerjasama Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Pengarah Yayasan KPRJ. Turut hadir YBhg. Encik Zainal Rashid Bin Zakaria, Ketua DANA, Yayasan Pelajaran MARA, En Baharudin Bin Ishak, Penolong Pembangunan Bakat Murid Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, En Mohd Saiful Azhar Bin Yunos, Pegawai Mara Daerah Johor Bahru, Puan Sharipah binti Jamaludin, Pengurus Besar Yayasan KPRJ dan En Hashim Bin Andimori, Pengetua SMK Puteri Wangsa.
Program Selangkah Ke Universiti merupakan program khusus untuk para pelajar bagi golongan B40 sebagai panduan dan persediaan awal untuk mereka menempuh alam kerjaya dengan pemilihan kursus yang sesuai bagi menyambung pelajaran di IPTA atau IPTS selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).