KPRJ E & C Sdn Bhd, anak syarikat milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) telah diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Industry Brand of The Year: Property and Infrastructure Development’ dalam Majlis Makan Malam Gala ‘Bumiputera Business Excellence Awards 2023’ yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ dan Yang Berbahagia Encik Zainal Abidin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ.
‘Bumiputera Business Excellence Awards 2023’ mengiktiraf pencapaian dan sumbangan cemerlang individu atau perniagaan Bumiputera dalam pelbagai bidang dengan menekankan keunggulan dalam keusahawanan, kepimpinan, inovasi dan perkhidmatan dalam masyarakat. Anugerah ini bertujuan untuk meraikan dan menggalakkan kejayaan komuniti Bumiputera di Malaysia dengan bertemakan ‘Menjuarai Kecemerlangan, Raikan Kebersamaan’.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada KPRJ E & C Sdn Bhd!