CERAMAH KESEDARAN: PINDAAN KANUN KESEKSAAN 2025 – BULI DI TEMPAT KERJA SEBAGAI KES JENAYAH

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) telah menganjurkan ceramah kesedaran bertajuk Pindaan Kanun Keseksaan 2025: Buli di Tempat Kerja sebagai Kes Jenayah yang disampaikan oleh Puan Nor Emellia binti Mohd Shariff daripada Speak Up Malaysia.

Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga kerja KPRJ mengenai pindaan terkini Kanun Keseksaan yang mengiktiraf kes buli di tempat kerja sebagai suatu kesalahan jenayah. Melalui ceramah ini, peserta diberi penerangan tentang bentuk-bentuk perlakuan buli di tempat kerja, implikasi undang-undang, serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.

Program ini menegaskan komitmen KPRJ dalam memastikan kesejahteraan pekerja sentiasa terpelihara di samping mendukung usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus dan integriti di tempat kerja.

          Â