Penyampaian sumbangan ketuhar industri bagi bengkel asas roti kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Rahmat telah disampaikan oleh Puan Sharipah Binti Jamaludin, Pengurus Besar Yayasan KPRJ kepada Puan Rogayah Binti Abdullah, Pengetua SMK Sri Rahmat Johor Bahru.
Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru dan pelajar Berkeperluan Khas di sekolah tersebut. Para MBK dapat mempelajari serta menghasilkan roti dan biskut dalam kuantiti yang lebih banyak dan berkualiti disamping dapat menjana pendapatan untuk menampung keperluan di bengkel.