Yayasan KPRJ kini meneruskan siri jelajah Program Selangkah Ke Universiti ke daerah Kota Tinggi melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi.
Program yang disertai oleh 415 orang peserta ini adalah jalinan kerjasama Yayasan KPRJ sebagai Rakan Kerjasama Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Lekha A/P SP Nandey, Pengarah Yayasan KPRJ.
Turut hadir Encik Roslan Bin Mohamad Noh, Timbalan PPD Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Mohamad Isa Bin Chik, Pengurus Seksyen Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pelajaran MARA, Puan Sharipah binti Jamaludin, Pengurus Besar Yayasan KPRJ dan Encik Jefri Bin Tumirin, Penolong Pengetua Hal Ehwal Murid SMK Laksamana, Kota Tinggi.
Program Selangkah Ke Universiti merupakan program khusus untuk para pelajar dalam golongan B40 sebagai panduan dan persediaan awal untuk mereka menempuh alam kerjaya dengan pemilihan kursus yang sesuai bagi menyambung pelajaran di IPTA atau IPTS selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).