Yayasan KPRJ meneruskan jelajah ke Daerah Pontian bagi menjayakan Program Selangkah Ke Universiti. Program kali ini melibatkan empat belas (14) buah sekolah dengan 300 orang pelajar Tingkatan Lima (5) dan Enam (6).
Program ini adalah jalinan kerjasama diantara Yayasan KPRJ dan Yayasan Pelajaran MARA.
Majlis Perasmian Program Selangkah Ke Universiti ini telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Zarafuddin Razali, Pengarah Yayasan KPRJ. Turut hadir, Haji Hasmadi Sayuti selaku wakil rasmi PPD Pontian, En. Mohamad Isa Chik, Pengurus Seksyen Kecemerlangan Pelajar YPM, Puan Sharipah Jamaludin, Pengurus Besar Yayasan KPRJ dan wakil Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat.
Program kali ini turut diserikan dengan kehadiran Instafamous, Mohamad Naufal bin Isa sebagai penceramah motivasi.
Program Selangkah Ke Universiti merupakan program khusus untuk para pelajar bagi golongan B40 sebagai panduan dan persediaan awal untuk mereka menempuh alam kerjaya dengan pemilihan kursus yang sesuai bagi menyambung pelajaran di IPTA atau IPTS selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).