Selangkah ke Universiti @ Segamat

Yayasan KPRJ kini meneruskan siri jelajah Program Selangkah Ke Universiti ke daerah Segamat melibatkan empat sekolah iaitu SMK Seri Kenangan Batu Anam, SMK Agama Segamat dan SMK Datuk Bentara Dalam Segamat.

Program yang disertai oleh 300 orang peserta ini adalah jalinan kerjasama diantara Yayasan KPRJ sebagai Rakan Kerjasama Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Hajah Norliza Binti Suleiman, Pengarah Yayasan KPRJ. Turut hadir YBhg. Encik Zainal Rashid Bin Zakaria, Ketua DANA, Yayasan Pelajaran MARA, En Azni Bin Osman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Segamat Sektor Pembangunan Murid, En Mohd Radzi Bin Rosley, Penolong Pegawai Mara Daerah Segamat, Puan Sharipah binti Jamaludin, Pengurus Besar Yayasan KPRJ dan En Mohd Shah Bin Hashim, Pengetua SMK Seri Kenangan Batu Anam Segamat.

Program Selangkah Ke Universiti merupakan program khusus untuk para pelajar bagi golongan B40 sebagai panduan dan persediaan awal untuk mereka menempuh alam kerjaya dengan pemilihan kursus yang sesuai bagi menyambung pelajaran di IPTA atau IPTS selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).