Yayasan KPRJ yang berperanan sebagai medium menyalurkan inisiatif mensejahterakan rakyat melalui program-program Tanggungjawab Sosial Korporat telah mengadakan program pelancongan filantropi di Kampung Orang Asli Tewowoh, Mersing, Johor.
Progam bantuan sukarelawan ini adalah kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Yayasan KPRJ telah mengambil inisiatif dengan memberikan bantuan seperti :-
1- Sumbangan dana bagi menjayakan program pelancongan filantropi di Perkampungan Orang Asli
2- Pemasangan panel solar, lampu dan kipas di Tadika Kampung Tewowoh bagi memberikan keselesaan kepada guru dan para pelajar
3- Pemasangan 2 unit ‘Compound Lighting’ di jalan kampung
4- Bantuan peralatan pengajaran seperti papan putih, papan informasi serta rak buku dan kasut
5- Bantuan keperluan asas kepada 20 keluarga orang asli
6- Aktiviti gotong-royong bagi memperindah kawasan persekitaran kampung
Seramai 18 wakil kakitangan KPRJ termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Lukman Bin Abu Bakar turut menyertai program bantuan dan sukarelawan ini.