YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor telah merasmikan Johor Property Expo 2025 (JPEX2025) anjuran Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) yang menjadi platform strategik menghimpunkan pemaju hartanah, agensi kerajaan dan pemain industri berkaitan bagi memperkasa sektor hartanah di negeri ini.
Sebanyak 60 pempamer termasuk agensi kerajaan, pemaju hartanah dan institusi kewangan turut serta di bawah satu bumbung, memberi kemudahan kepada rakyat Johor untuk mendapatkan maklumat dan peluang memiliki kediaman impian sepanjang program tiga hari ini.
KPRJ turut menerima pengiktirafan dalam kategori Best Affordable Housing Policy & Compliance Award sempena JPEX2025, sebagai penghargaan atas komitmen dalam menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
YAB Menteri Besar Johor bersama YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor; YB Datin Paduka Dr. Hajah Suhailizan Suliman, Ketua Eksekutif PKPJ; serta YBhg. Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru turut mengunjungi booth pameran KPRJ.
Orang ramai dijemput hadir ke JPEX2025 yang berlangsung sehingga 27 Julai 2025, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Padang Akasia, Angsana Mall Johor Bahru.