Johor Property Expo (JPEX) 2025

Johor Property Expo (JPEX) 2025 kembali dengan lebih hebat, lebih besar dan penuh kejutan!

Dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ), acara perumahan mega ini menghimpunkan pelbagai peluang hartanah, inisiatif kerajaan serta tawaran eksklusif berkaitan projek-projek dan inisiatif perumahan.

Jom temui kami di booth P34 pada 25 hingga 27 Julai 2025 (Jumaat hingga Ahad) di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Masuk adalah percuma dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga.

Jumpa anda di sana!