Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) telah menganjurkan Kejohanan KPRJ Golf Invitational 2025 sempena sambutan Ulang Tahun Ke-30 KPRJ.
Acara yang berlangsung pada 2 November 2025 (Ahad) di Johor Golf & Country Club (JGCC), Johor Bahru ini menghimpunkan barisan pemegang taruh, rakan strategik serta rakan media sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang mengukuhkan perjalanan KPRJ dalam pembangunan Johor selama tiga dekad.
Kejohanan jemputan eksklusif ini juga menjadi pembuka tirai sambutan 30 Tahun KPRJ, sekaligus memulakan langkah pertama bagi Pelancaran Identiti Baharu KPRJ yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Turut serta dalam kejohanan ini ialah YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman (Setiausaha Kerajaan Johor), YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah (Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor) serta YB Dato’ Lukman bin Abu Bakar (Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ).
KPRJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penyertaan, komitmen dan sokongan semua pihak yang menjayakan penganjuran kejohanan ini.
Tiga dekad membina legasi,
Mencorakkan masa hadapan.
  