Klinik Ragbi Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) – Kesatuan Ragbi Johor (JRU)- Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) 2024

Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Johor (JRU) dan sokongan penuh daripada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) telah menganjurkan Klinik Ragbi MSSJ-JRU 2024 pada 3 Oktober 2024 di Stadium Ragbi Mount Austin, Johor Bahru.

Penglibatan hampir 1,000 peserta dari 12 Rugby District Training Centre (“DTC”) negeri Johor ini terdiri daripada barisan pengurus, jurulatih dan peserta ragbi DTC.

Klinik Ragbi ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan pembangunan bakat kepada peserta menerusi teknik Modul Get Into Rugby (“GIR”), serta mengenal pasti pemain yang berbakat dan berpotensi besar dari peringkat akar umbi untuk dilatih.

Majlis Perasmian Penutupan Klinik MSSJ 2024 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Shahreel ‘Iqubal bin Dom Ami, Pengurus KPRJ Sports Sdn Bhd, selaku wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, bersama Yang Berbahagia Encik Musa bin Atan, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid dan Yang Berusaha Encik Mohd Norfazreim Bin Imran, Pengurus Besar, Kesatuan Ragbi Negeri Johor.

Para peserta turut berpeluang beramah mesra dengan pemain-pemain ragbi New Zealand dan Fiji yang sedang bertanding dalam Kejuaraan Ragbi Piala Agong 2024 edisi ke-40.

Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan pengetahuan asas pendidikan sukan serta mendorong minat para pelajar terhadap ragbi dari peringkat awal.