Kumpulan KPRJ menerusi Yayasan KPRJ menyantuni anak-anak istimewa dalam Program Kasih Ramadan.
Objektif program ini adalah bagi meraikan anak-anak istimewa di bulan mulia dan berkongsi kegembiraan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba.
Antara 235 penerima sumbangan ini adalah anak-anak dari Persatuan Cerebral Palsy Negeri Johor, Persatuan Kerencatan Akal Negeri Johor, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth dan Pusat Perkembangan Minda Nur Kidz.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar selaku Pengerusi Yayasan KPRJ. Turut serta Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ.