Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) telah mengadakan Lawatan dan Bengkel Anti Rasuah pada 29 September 2025 bertempat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.
Seramai 36 orang kakitangan KPRJ telah mengikuti pengisian program yang dimulakan dengan taklimat keselamatan dan pengenalan bangunan SPRM. Peserta turut berpeluang melawat konti MACC.fm bagi memahami peranan media dalam menyampaikan mesej pencegahan rasuah kepada masyarakat.
Lawatan diteruskan dengan penerangan mengenai kemudahan di aras 7 termasuk Skybridge, bergambar kenangan di podium, serta taklimat berkaitan bilik VIR, kawad cam dan lokap SPRM. Program turut diperkaya dengan sesi perkongsian ilmiah yang sepanjang masa disampaikan oleh pegawai kanan SPRM iaitu Pesuruhjaya Kanan (PKPj) Westmoreland Ajom, Ketua Cawangan Swasta/GLC; Pegawai Siasatan Kanan (PsK) Puan Zainab Abdul Malik; Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPs) Puan Roazfaniza Roslim; serta Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPs) Tuan Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor.
Penganjuran program ini menegaskan komitmen KPRJ dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan serta menolak sebarang bentuk rasuah demi memastikan tadbir urus syarikat sentiasa berada pada tahap tertinggi.