Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 telah berjaya dianjurkan pada 13 Februari 2026 di Ladang X, Sunway Iskandar, Johor Bahru, dalam suasana yang penuh bermakna dan berprestij.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, sebagai wadah pengiktirafan terhadap sumbangan, komitmen dan pencapaian cemerlang individu serta jabatan sepanjang tahun 2025.
Mengangkat tema “La Joie De La Vie: Garden of Gratitude”, majlis ini menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah termasuk Anugerah Perkhidmatan bagi tempoh 5, 10 dan 20 tahun, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Individu dan Kumpulan), Anugerah Prestasi Terbaik (Unit Perniagaan dan Perkhidmatan Sokongan) serta Anugerah Jasa Bakti. Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Pakaian Terbaik.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Diharapkan penghargaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah maju serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPRJ dalam mengekalkan budaya kecemerlangan dan dedikasi.
