Majlis Graduasi Sijil Vokasional Malaysia Kali Ke-10, Kolej Vokasional (ERT) Azizah

Sekitar Majlis Graduasi Sijil Vokasional Malaysia Kali Ke-10, Kolej Vokasional (ERT) Azizah yang berlangsung pada 15 Ogos 2024.

Majlis ini telah telah dirasmikan oleh Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ wakil rasmi kepada Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ diiringi oleh Tuan Haji Rashid bin Masduki, Timbalan Pengerusi Majlis Pengarah Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Zon Johor (MPKVT) selaku Wakil Rasmi Pengarah, Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPLTV), Puan Hajah Sarifah binti Husin, Pengarah Kolej Vokasional (ERT) Azizah, dan Encik Mohd Khairul bin Senin,Yang Dipertua PIBG, Kolej Vokasional (ERT) Azizah.

Encik Zainal Abidin menerusi ucapannya berharap agar para graduan menghadapi cabaran yang mendatang dengan semangat, mengejar impian tanpa takut gagal, dan menjadi individu berdisiplin serta beretika yang mampu membawa perubahan positif kepada diri, masyarakat dan bangsa.

“Berani Bermimpi Besar” (Dare to Dream Big).