Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) telah mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-30 bertempat di Seri Medini, Iskandar Puteri.
Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ yang menzahirkan kesyukuran atas kejayaan KPRJ sepanjang tiga dekad sebagai peneraju pembangunan strategik negeri Johor serta menyeru warga kerja terus memperkukuh nilai profesionalisme, integriti dan semangat kebersamaan.
Antara pengisian majlis ialah aktiviti solat dhuha berjemaah, solat hajat dan bacaan Yasin yang dipimpin oleh YBhg, Tuan Haji Zaidi bin Saman, Imam 1 Masjid Kota Iskandar, serta tazkirah bertajuk “Merenung, Mensyukuri Nikmat & Melangkah ke Hadapan” oleh YBhg. Al-Fadhil Tuan Haji Suhaimi bin Rebu dari Jabatan Agama Islam Johor.
Tiga Dekad Membina Legasi, Mencorakkan Masa Hadapan.
  