Majlis penyampaian Sijil MS ISO 14001:2015 dan MS ISO 45001:2018

Sekitar Majlis Penyampaian Sijil MS ISO 14001:2015 (Alam Sekitar) & MS ISO 45001:2018 (Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan) kepada KPRJ E&C Sdn. Bhd.

Majlis penyampaian Sijil MS ISO 14001:2015 dan MS ISO 45001:2018 kepada KPRJ E&C Sdn. Bhd. telah berlangsung pagi ini di Ruang Legar Utama KPRJ, Seri Medini.

Sijil pengiktirafan ISO ini telah disampaikan oleh Encik Osmirizan Bin Hj. Melan, Pengarah Urusan Synergy Certification kepada Encik Shafiul Bahari bin Hussain, Pengurus Besar KPRJ E&C Sdn. Bhd.

Majlis ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ dan Encik Zainal Abidin Bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ merangkap Pengarah Eksekutif KPRJ E&C Sdn. Bhd.

Tahniah diucapkan kepada KPRJ E&C Sdn. Bhd. atas pencapaian membanggakan ini!