KPRJ menzahirkan keprihatinan kepada golongan asnaf dibawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan membina 10 buah Rumah Bantuan kepada golongan tersebut di daerah Mersing.
Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ dan Yang Berbahagia Tuan Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing.
Turut serta dalam majlis ini adalah Penghulu dan Ketua Kampung yang terlibat, Pejabat Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Negeri Johor, KPRJ E & C Sdn Bhd selaku kontraktor projek, pegawai-pegawai kanan KPRJ serta Yayasan KPRJ.
Semoga dengan terbinanya rumah ini mampu memberikan tempat perlindungan kepada para asnaf dari panas dan hujan, yang selama ini menyewa atau menumpang di rumah keluarga terdekat mereka.