Sekitar Majlis Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Johor 1446H/2024M di daerah Kota Tinggi.
KPRJ menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama dengan agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Johor menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dalam suasana penuh bermakna serta menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW dengan berselawat ke atas Baginda Rasulullah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor turut berkenan berangkat ke perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor bersama lebih 3,000 jemaah di Masjid Bandar Kota Tinggi.
KPRJ dinobatkan sebagai Johan Perarakan Terbaik Kategori Swasta bagi tahun ini.
Syabas KPRJ!