Majlis Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Johor 1447H/2025M di daerah Kluang

Sekitar Majlis Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Johor 1447H/2025M di daerah Kluang.

KPRJ menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dalam suasana penuh bermakna serta menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW dengan berselawat ke atas Baginda Rasulullah.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor turut berkenan berangkat ke perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor bersama dengan 41 kontigen statik dan perbarisan daripada pelbagai kategori termasuk sekolah/institusi pendidikan,jabatan kerajaan/badan berkanun serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) menuju ke Masjid Jamek Bandar Kluang.

Tahniah buat pasukan perarakan KPRJ yang telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi perarakan kategori swasta pada tahun ini.

Marilah kita bersama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan terus menghayati sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan serta kemajuan berterusan bagi negeri Johor.

 

  Â