Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor

Kontinjen Perbarisan KPRJ telah meraih kejayaan cemerlang dalam Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Dataran Segamat, Johor pada 31 Ogos 2024 dengan kejayaan meraih kemenangan bagi kategori berikut:

🥇 Johan Perbarisan
🥈 Naib Johan Pakaian Terbaik

Dengan kejayaan bagi 2 kategori tersebut, KPRJ telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi perbarisan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor telah berbesar hati menyampaikan piala kemenangan kepada kontinjen KPRJ.

Syabas dan tahniah kepada semua kakitangan KPRJ yang terlibat atas pencapaian yang membanggakan ini.

#kprj
#kprjofficial
#harikebangsaan
#merdeka