Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025

KPRJ telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 bertempat di Seri Medini pada 10 Oktober 2025. Antara pengisian majlis pada tahun ini adalah ceramah bertajuk “Keajaiban Selawat: Kunci Rahmat & Keberkatan Hidup” yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Nasri Bin Hj. Selamat, Ketua Bahagian Dakwah, Pejabat Kadi Daerah Kulai. Ceramah ini mengupas keindahan dan kehebatan selawat sebagai amalan yang membawa ketenangan jiwa serta keberkatan dalam kehidupan seharian.

Program turut diserikan dengan bacaan selawat beramai-ramai serta marhaban yang diketuai oleh AJK Surau Al Kautsar bersama warga kerja KPRJ, sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW dan mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian agar mendapat syafaat di hari akhirat kelak.

      Â