Memorandum Persefahaman (MOU) diantara KPRJ dan Terengganu Inc

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 27 Julai 2024 untuk mewujudkan rangka kerja kolaboratif yang bertujuan meneroka dan membangunkan projek serta inisiatif karbon bersempena dengan Ekspo Pelaburan & Perindustrian Selangor ke-4, 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dengan termeterainya MOU ini diharap dapat mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam mengenalpasti potensi peluang-peluang perniagaan, inovasi dan pembangunan mampan pada masa hadapan.

#kprj
#terengganuinc

#mou
#spark2024