Mesyuarat Lembaga Pengarah KPRJ ke-79 telah diadakan di Seri Medini, Iskandar Puteri pada 4 Ogos 2025.
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPRJ ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KPRJ.
Turut hadir dalam mesyuarat ini barisan Ahli Lembaga Pengarah KPRJ iaitu Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor; Yang Berbahagia Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Yang Berbahagia Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; Yang Berhormat Datuk Abd Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor; Yang Berhormat Dato’ Haji Mohamed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor; Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazir bin Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan); Yang Berhormat Dato’ Ishak bin Sahari, Pengarah Bebas; dan Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, serta barisan pengurusan tertinggi KPRJ.
.