Mesyuarat Lembaga Pengarah KPRJ Bil. 3/2024 telah diadakan di Seri Medini, Iskandar Puteri, dengan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KPRJ.
Turut hadir dalam Mesyuarat ini adalah barisan Ahli Lembaga Pengarah KPRJ iaitu Yang Berhormat Datuk Abd Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor; Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah bin Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan); Yang Berhormat Dato’ Ishak bin Sahari, Pengarah Bebas; Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ dan barisan pengurusan tertinggi KPRJ