Pameran KPRJ Development Sdn Bhd di PKPJ Property Roadshow @ Johor Bahru

KPRJ menerusi anak syarikatnya iaitu KPRJ Development Sdn Bhd telah menyertai pameran “PKPJ Property Roadshow” di Plaza Angsana Mall, Johor pada 20 dan 21 Julai 2024.

Yang Berhormat Datin Paduka Dr. Hjh. Suhailizan binti Suliman, Ketua Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor bagi pihak Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor pada hari ini telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup PKPJ Property Roadshow @ Johor Bahru dan beliau seterusnya turut melapangkan masa melawat ruang-ruang pameran.

Bagi menghargai komitmen yang diberikan oleh para peserta pameran, Yang Berhormat Datin Paduka Dr. Hjh. Suhailizan berkesempatan menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Encik Hussein bin Md Noh, Pengurus Besar KPRJ Development Sdn Bhd.